kita manusia merancang, Dia juga merancang, dan sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang.
Usah la sedih berpanjangan dengan apa yang ditakdirkan pada kita, kerana bimbang kelak kan membawa kepada putus asa padaNya. Dia menguji bukan untuk menyakiti kita, ttpi untuk mentarbiyahkan kita, serta menjadikan kita, insan yang lebih cekal dan rintang kepada permasalahan diri kita sendiri..
kita sering mengeluh, dan tidak berpuas hati, dengan apa yang ditakdirkan utk kita, hebat sangatkah kita sehingga Dia tak boleh jentik dengan ujian dan tarbiyah, hebat sangatkah kita sehingga Dia tak boleh usik??!..sahabatku,, takdir dan ujian itu hadir menunjukkan Dia memandang kita, menjaga kita, berat atau ringan bukan ukurannya...namun, bersyukurlah kerana kita masih dalam perhatianNya...
terkadang Dia menghancurkan hati org yang disayangiNya berkali-kali, sehingga tiada pengharapan kepada dunia, dan yang ada hanyalah pengharapan kepada akhirat yang kekal selama-lamanya...jadi sedarlah kita, dunia ini, hanya medan tarbiyah dan ujian dari Dia, sebelum kita kembali kepada Dia di akirat kelak..Dia menguji sebenarnya untuk menyedarkan kita, bahawa satu-satunya pengharapan yang boleh disandarkan adalah hanya kepada Dia. Dia juga sebenarnya ingin mengejutkan kita, dari terus terleka dan hanyut dengan kelalaian dunia yang sementara..Justeru sahabat, usahlah mengeluh dan berpatah hati, kerana setiap yang berlaku, pasti tersebunyi hikmahnya, cari lah hikmah tersebut, pasti senyum kan terukir di bibirmu...in syaa Allah... :)
#ana yang menulis, semestinya mudah,,ttpi utk dipraktikkan, ana faham ia tidak semudah menulis dan berkata-kata...ana menulis, untuk peringatan diri ana sendiri yang jahil dan lemah... :"( .. yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk dari kelemahan ana sendiri...
#tegurlah ana jika ana salah, kerana ana sangat tahu, ana banyak melakukan kesalahan....


4 comments:
syukran ya ukhti..
afwan ya ukhti.. ^_^
^_^
Syukran asma
Post a Comment