Photobucket

17 May 2013

sepi itu indah


ketika sepi datang melanda diri mu, usah mencari-cari dimana tempat meluahkan rasa,,kerana tempat yg sepatutnya dituju adalah di tikar sejadah,,insyaAllah di situ  ada ketenangan....
merintih dan berdoalah semahu dirimu, kerana Dia Maha mendengar setiap rintihan dan  keluhanmu,,,,Dia yg menciptakanmu, semestinya Dia mengetahui apa yang terbaik buat dirimu,,,,
 Dia mengujimu dengan kesepian dan kesakitan,,bukan untuk menyusahkanmu, tetapi kerana Dia  merinduimu,,Dia rindu untuk mendengar keluh resah darimu, dan Dia tidak mahu dirimu terus hanyut dan terleka dalam mengejar duniawi..kesepian juga merupakan hidayah Allah yg indah buat insan yang cuba untuk mengerti hikmah disebaliknya..





    
Syukur alhamdulillah, krna diri ini ada merasa kesepian....kerana >>

sepi menjadikan diri , sentiasa ingin merintih pada Nya
sepi menjadikan diri , tidak leka menyebut namaNya
sepi menjadikan diri sentiasa ingin mendampingi sahabat yg berfikrah islam
sepi menjadikan ibadah lebih khusyuk
sepi menjadikan diri sentiasa merasa kurang dan rendah diri...

kesepian yg diberikan itu, merupakan ujian yg indah buatku, kerana ia mengajar diriku untuk lebih mencintai agamaku...

#relaku kesepian dari  wahnu dunia, asal tidak sepi dari  kasih Ilahi...Ya Rabb, maafkan diri ini, kerana pernah berpaling dari cinta dan kasihMu,,,

No comments:

Post a Comment