Photobucket

26 Aug 2012

special for him (him = adikku)

adikku...

dulu, mak mengalirkan air mata krn kedegilanmu, namun sekarang syukur alhamdulillah mak mengalirkan air mata krn terharu dek melihat dirimu berjaya mencapai cita-cita

adik, kau tau tak??..setiap kali akak bertanya mak tentang  engkau mesti terlihat air jernih di tubir mata mak, menahan sebak keharuan,apabila mengingatkan kejayaanmu skrng,, akak sendiri dapat rasakan begitu gembiranya mak apabila melihat engkau berjaya mencapai cita-cita yang engkau sendiri idamkan..kau tidak lagi seperti dulu...dulu kau seorang yg degil, sering tidak mendengar kata, namun sekarang kau berubah seiring dengan perubahan usia..kau kini seorang adik lelaki yang baik,beriman rajin dan bersopan..

ingat tak dulu?...mak selalu memarahi kau,sebab kau malas pegi mengaji?...alhamdulillah, sekarang xpayah disuruh kau tahu yang mana baik dilakukan dan yang mana buruk ditinggalkan..akak bahagia melihat kau sekarang..benarlah, kata mak dulu, 'usia dan kesulitan dahulu mengajar erti untuk menjadi lebih matang dan berdikari'..dan 'apabila sekali kita gagal dahulu,itu menjadi pengajaran dan pembakar semangat untuk terus berjaya'...mak juga selalu berpesan jdikan kritikan orang sekeliling sebagai satu wadah semangat untuk terus menyalakan azam demi mengejar kejayaan..hypothesisnya mudah saja
--->semakin orang mengkritik kita,, semakin kuat kita berusaha!!!.. dan semakin orang menyindir kita, semakin menyala-nyala api keazaman kita untuk berjaya..:)  serta jangan takut untuk mencuba, krn mana thu dgn percubaan itu kita beroleh kejayaan..^_^...insyaAllah...


adikku,,kata-kata mak lah yg membakar semangat akak selama ini,,dan akak juga mahu kata-kata itu menjadi pedoman buatmu juga,.agar dirimu terus mencipta kejayaan demi kejayaan..

kakak ingin,suara garau abah memarahi anak anaknya krna degil dulu berganti dengan suara gembira mengenangkan kejayaan anak-anaknya,,manakala titisan air mata sedih mak pula berganti dengan titisan air mata kegembiraan, apabila melihat kejayaan, seorang demi seorang anak-anaknya...semoga Allah mencurahkan kebahagian dan keredhaan kpd mu wahai adik-adikku yang  tercinta...dan semoga rahmat Allah sntiasa bersama keluarga kita dan keluarga sekalian umat islam di seluruh dunia..amin ya RABB...

kepada adik lelaki sulung ku > akak bangga denganmu,,terus lah berjuang, dan mencipta kejayaan
kepada 2org lgi adik lelaki ku > akak cayam kalian,,contohilah akhlak rasul s.a.w dan para sahabat baginda, serta ambil lah ibrah drpda kejayaan abang mu,untuk turut mencipta kejayaan
kepada adik perempuan bongsuku > tecik2 lgi pon, da terlihat petah berpidato, semoga membesar sbgai seorang yg cemerlang dunia wa akhirah...amin ya Allah...

apa-apa jua kebaikan dan anugerah yg diperoleh,segalanya adalah milik Allah,dan tiada stu pon yg kekal,.jdi sewaktu berada diatas, jgn la mencaci dan menghina yg dibawah..bgtu juga yg dibwah, jgn la terus dibelenggu rasa sedih,sebaliknya berusahalah,insyaAllah..pasti dapat...yakinlah Allah Maha Melihat, apa yg kita lakukan,dan Allah menilai setiap keringat usaha yang kita keluarkan ^_^

mensyukuri nikmat Nya dan besederhana adalah cara yg terpuji...





2 comments:

aimanhassim said...

camne nak follow blog kak asma?

ismi salsabeela said...

aiman,,kt bawah ad tulis ikut sini...click kt situ..^^Y,,syukran sudi lawat blog akak...

Post a Comment