Sahabat ku, wanita adalah ciptaan Allah yang amat indah, setiap apa yang ada pada wanita adalah indah, ketahuilah juga wahai sahabat, disebabkan keindahan wanita ini la, ia menjadi fitnah yang amat dasyat , cuba kalian selidiki kisah2 lelaki yang dikatakan hebat didunia sebagai contoh, lihat perdana menteri itali, yang dikatakn hebat itu ,telah jatuh,,kerana apa ya sahabatku??..kerana wanita itu indah , oleh kerana itu lah wanita perlu menjaga maruah dan aib dirinya,,nah!!...lihat betapa indahnya islam menggariskn pelbagai kaedah dan solusi bagi menjaga dan melindungi wanita..
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ahzab : ayat 59 (terjemahannya)
“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang2 mukmin: “hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Dari potongan surah al ahzab ini,,apa yang kita dapat rungkaikn adalah,,cara berpakaian kita membezakan kita yakni wanita muslim yg bijak lagi disegani dgn wanita kafir..dgn cara berpakaian sahaja masyarakat dapat menilai diri kita sama ada dalam kalangan baik2 atau sebaliknya..nauzubillah...ermm...tetapi ad jgak mulut2 yg tidak berpuas hati dgn wanita muslim yang menutup aurat dengan baik ni,,dan sebenarnya mereka bukannya orang lain, saudara seislam kita jga,,mngkin dek kurangnya penghayatan dan pemahaman dalam menutup aurat, mereka sesuka hati mengutuk dan memburukkn wanita2 yg menutup aurat dgn baik,,nk taw ap yg mereka katakn..lihat contoh2 perkataan yg keluar dr lidah2 x bertulang mereka spt dibawah
“alah pakai tudung konon, perangai cam hantu jugak!!”
“nmpk je alim tu, perangai lbih kurang je ngan kita2”
Dan byk lg la,,da x snggup nk tulis..sbb ia mungkin menyinggung hati lmbut sahabat2 muslimahku..wahai muslimah2 yg mungkin ada buruk sangka, dan ad terfikir lam akal waras mereka utk menuturkan sedemikian,,sila kaji balik ye saudari..antara wanita yang x bertudung dengan yang bertudung,, lau perangai mereka sama sekali pon,,wanita tu tetap ada stu kelebihan yang dilihat oleh Allah, iaitu menutup aurat..Menutup aurat adalah satu ketetapan yang termaktub didalam Al-quran ,yang memang xbleh disangkal2 lg...mengapa undang-undang dunia anda boleh ikut tetapi undang2 ALLAH S.W.T, iaitu pencipta anda sendiri ANDA XBOLEH IKUT???!!!!...maaf jika bahasa yg saya gunakn agak kasar, sahabatku sekalian,,anda sangat beharga, segala apa yang ada pada anda sangat bernilai, sayangi lah diri anda...kewajipan menutup aurat adalah sgt penting dan mmg wajib pon..dalam surrah an-nur, ayat 31... sekali lgi ditekankn kepada para muslimah untuk menutup aurat,,cuba sahabat lihat, dewasa ini kerap sekali berlaku kes rogol,cabul dll..da bnyk sgt dah,,,kenapa ini terjadi??..selidiki lah diri kita sndiri dulu sblum menyalahkn kaum lelaki,,.taw x shbt2 muslimahku yang disayangi fillah ”lelaki ni kn”, ,syahwat pertamanya adalah perempuan, justeru sebagai perempuan kita perlu melindungi diri kita dengan baik..cm ne nk lindungi diri dgn baik tu??..jawapannye>>menutup aurat dgn sebaiknya, mengikut syariat yang ditetapkan selari dgn firman Allah lam surrah annur ayat 31 dan surah al-ahzab ayat 59...agar ibadat2 kita yang lain seperti puasa,solat dll diterima Allah s.w.t, dan tidak dimurkai oleh Nya..
Percayalah shbt2 muslimahku sekalian..jika kalian bijak menjaga maruah diri , dan memelihara adab dan sopan mu,,insyaAllah syabab yang soleh menanti mu..kerana Allah s.w.t telah b’firman
Dalam surah an-nur : ayat 26
Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkn perempuan-perempuan yg baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula) .Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)
Mungkin ada yang mengatakan belom bersedia untuk bertudung...jadi cuba kita muhasabah diri kita
................
“sudah bersediakah kita , sudah kuatkah kita , sudah beranikah kita menerima pedih azab neraka dek ketidaksediaan kita mengikut syariat agama??”
Sesungguhnya azab neraka itu pedih,,ya RABB, selamatkn kami dari seksaan api neraka mu,,ampunkn dosa2 kami ya RABB..sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lagi Maha Pengampun dosa2 besar dan kecil...
Maaf jika article ini amat berat intipati dan bahasa nya..sesungguh tulisan ini, ditulis, dek kasihnya kepada sudara2 sesama muslimah..sesungguhnye sy juga belumuran dosa,sy juga blom ttu nasib diakhirat kelak,segala peringatan yg ditulis adalah utk saya dan kita sama2 mengambil iktibar..saya mengingatkn diri saya, dan juga sahabat2 saya yg saya cintai kerana Allah s.w.t

No comments:
Post a Comment