citer nye gini...
ada seorg gadis bertanya kpd ana, di suatu mjlis peringkat kolej kediaman,,majlis ni,,majlis tidak formal,,boleh pkai pape pakaian,,asalkan sopan..gadis ni tanya,
knp awak pakai stokin??..excited ae..
..pada mulanye ana anggap pertanyaan gadis itu sebagai gurauan,,maklumlah, nk mengeratkan silaturahim,,(hehehe),,,,ttpi apabila dilihat keseriusan gadis itu,,,ternyata gadis itu benar2 bertanya ana, dan ingin tahu knp ana berstokin...(dgn ilmu yg xseberapa,,ana pon jelaskn la dkat gdis tersebut ttg, knp ana b'stokin),,
...shbatku,,kaki juga sebahagian dari aurat yg wajib, kita jaga..jd, lindungi or tutplah ia dengan apa2 pon,,dgn kasut but ke dgn labuhan kain ke.,asalkan anda yakin ia terlindung dr pandangan ajnabi..
(tp jgn la plak nk pergi kuliah,, pakai kasut but ae)..hehe~ ..9ti kene halau ngan lecturer , juz sesuaikn dgn keadaan la,,point penting kat sini adalah KAKI itu AURAT...so pakai la stokin or pape yg melindungi ia,,
...disini ada sedikit penerangan n dalil ttg kaki merupakan aurat...mari kita sesama baca n jadikan ingatan,,insyaAllah...
Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;
firman Allah s.w.t,
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31
Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.
Aisyah melaporkan,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis oleh Abu Daud.
Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.
Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,
Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,
إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”
Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.
jgn meremeh kn kaki sebagai aurat ye muslimah ku sayang,,...jaga lah aurat kita sebagai muslimah,,^_^..insyaAllah maruah kita juga t'pelihara...(mengingatkn diri sndri jgak) -_-"


No comments:
Post a Comment